Anda berniat menyusukan anak sehingga 2 tahun, tapi malangnya baru habis pantang susu pun mulai kering?
Dah cuba pelbagai Milk Booster tetapi masih tidak berhasil?
Ketahui rahsianya!!!
Rahsia ★ 1 (Rahsia Utama)
Pastikan pengambilan makanan waktu utama(sarapan, makan tengah hari,
makan malam) adalah lengkap dan seimbang. Makanan inilah yang diperlukan
oleh ibu untuk menghasilkan susu. Ada ibu-ibu yang sangat takut untuk
mengambil makanan berat kerana risau gemuk, maka golongan ini akan
kurang makan atau makan sekadarnya. Mereka yang mengambilan makanan
harian tanpa mengambil kira zat yang diambil, kemudian mereka mula
bertanya, Mengapa berat badan anak saya tidak naik ya??
Rahsia ★ 2
Banyakkan minum air terutama air masak. Ianya tidak boleh dipandang
remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air
sangat penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan. Maka si ibu
yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti.
Rahsia ★ 3
Pengambilan supplemen atau makanan tambahan sangat penting. Ya, sangat penting! Mengapa?
Kerana ia membantu agar tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. Pengambilan supplemen membantu metabolisma badan yang seimbang.
Contohnya : Pengambilan B complex membantu sistem tubuh badan berada dalam keadaan tenang dan rehat. Susu ibu akan lebih mudah terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang berbanding runsing dan keletihan.
B complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka
ia sangat penting untuk memastikan seseorang itu tidak gemuk dan tidak
menghidap penyakit kencing manis.
Pengambilan Omega Guard pula membantu agar lemak yang diambil dari
pemakanan seharian tidak mendatangkan mudarat. Ia membantu memecahkan
lemak dalam tubuh dan sekaligus membantu membekalkan DHA dalam susu ibu.
Rahsia ★ 4
Makan dengan gembira. Pernah dengar situasi seperti ini
“Bila saya minum air longan saya merasakan payudara saya bengkak dan
hasil perahan lebih banyak. Seronoknya! Saya yakin dengan minum air
logan setiap hari susu saya akan bertambah banyak. “ Maka ibu ini pun
kongsikan tips ini dan ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum terus
mencari air longan dengan segera. Namun pastinya ada yang merasakan ada
perubahan, namun ada juga ibu-ibu yang tidak merasakan perubahan.
Mengapa?
Hakikatnya ibu tersebut mendapat hasil yang lumayan kerana mereka
menikmati makanan tersebut dengan sangat gembira. Apabila kita makan
dengan rasa gembira, maka badan kita akan menghasilkan hormon yang
memberikan ketenangan dalam tubuh kita seterusnya melonjakkan
penghasilan susu dengan lebih baik.
Rahsia ★ 5
Kerap pam susu secara konsisten. Ada ibu yang bila lihat susu sedikit
mula culas dan malas untuk pam susu dan mengharapkan susu tersebut
menjadi banyak dengan pelbagai milk booster. Ada ibu yang mula berhenti
pam kerana sus keluar hanya 1-2 titik sahaja. Apabila kita teruskan pam
dengan konsisten, otak akan menerima signal bahawa lebih banyak susu
yang diperlukan, maka lama-kelamaan badan akan menghasilkan susu lebih
banyak. Berbanding dengan mereka yang terus berhenti pam, badan akan
menerima signal bahawa susu tidak diperlukan lagi. Maka walau sebanyak
mana pun milk booster yang diambil, susu tetap tidak kembali banyak.
Maka dapat saya simpulkan bahawa pemakanan sangat penting dalam
memperbanyakkan susu. Ada ibu yang mengadu dah ambil semua supplemen
yang dicadangkan, namun hasil tetap kurang. Bila ditanya pemakanan
tengah hari, dijawab saya memang tak makan tengah hari. Bolehkah
sebatang tebu menghasilkan sejug air tebu? Walau secanggih mana pun
mesin yang digunakan tentunya tidak dapat menghasilkan satu jug air
tebu.
Makanlah dengan penuh gembira tetapi berpada-pada dan jangan lupa
untuk pam juga ya. Ada juga ibu bila ditanya jadual pam, menjawab saya
tak pam sebab takde susu. tunggu bengkak baru saya pam. Aduhai
teman-temanku sayang, bagaimana otak nak memberi arahan pada badan untuk
menghasilkan susu kalau tiada permintaan?
Hakikatnya, supplemen sekadar membantu melengkapkan zat-zat yang
kurang dalam badan dan memastikan susu ibu berkualiti serta membantu
membakar lemak-lemak tepu dalam badan. Saya yakin ibu-ibu menyusu yang
mengamalkan supplemen akan mendapati tubuh mereka lebih mudah kembali ke
bentuk asal serta mendapat kulit yang cantik. Hanya dengan mengamalkan
rahsia-rahsia ini.
Untuk order set penyusuan sila KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan