*********************
Terdapat beberapa jenis makanan yg boleh membantu mencegah kanser seperti ;
(1)Kacang atau mentega kacang
Kajian mengatakan, mengamalkan pemakanan yang kaya vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser perut, kolon, paru-paru dan lain-lain. Makanan tinggi vitamin E seperti kacang, mentega kacang, badam dan biji kuaci boleh membantu menguatkan sel badan.
(2)Oren
Oren atau mana-mana buah yang kaya vitamin C adalah makanan antioksidan yang baik. Vitamin C membantu menghalang pembentukan sel kanser.
(3)Ubi Keledek
Ubi keledek mengandungi beta-karoten (agen antioksidan yang hebat). Kajian mendapati mereka yang mengamalkan diet tinggi beta-karoten dapat mengurangkan risiko kanser (terutamanya kanser paru-paru, perut dan kolon).
(4)Ikan Salmon Segar
Ikan Salmon kaya dengan vitamin D. Kekurangan vitamin D dalam badan dikatakan salah satu faktor penyebab kanser payudara dan kolon. Saintis berpendapat, vitamin D dapat menghalang salur darah pada tumor membesar.
(5)Bawang Putih
Bawang putih dipercayai dapat mencegah serangan jantung, penggumpalan darah, menurunkan kadar kolestrol, tekanan darah, kadar gula dalam darah, penawar racun,pembunuh bakteria/kulat/parasit, pengikat radikal bebas dan banyak lagi. Zat-zat aktif dalam bawang putih termasuk vitamin A, B,C, kalsium, potasium, besi, karotenoid dan selenium.
(6)Teh Hijau
Kajian yang diterbitkan dalam Journal Of Cellular mengatakan, kandungan polifenol dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol iaitu sejenis antioksidan kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas (penyebab kanser).
(7)Buah Beri
Buah beri adalah buah terbaik pencegah kanser. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene (agen melawan kanser). Spesis buah beri termasuklah raspberry, blueberry dan cranberry.
(8)Kacang Soya
Makanan rendah lemak, tanpa kolestrol, tinggi serat dan kaya mineral, itulah SOYA. Menurut kajian, isoflavon iaitu sejenis fitokimia dalam kacang soya boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dan risiko sakit jantung. Ia juga mencegah pertumbuhan sel kanser dan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian juga mendapati kandungan genistein di dalam kacang soya boleh menyekat pertumbuhan tumor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan