Sabtu, 11 Januari 2014

PUNCA PENYAKIT RESDUNG

Percaya atau tidak, ada orang percaya kewujudan ulat resdung yang dikatakan menjadi punca penyakit resdung. Mereka percaya ulat ini, sejenis parasit yang tinggal dalam rongga hidung seseorang. Ia dikatakan menjadi punca seseorang itu berasa gatal-gatal , tak selesa dan hidung selalu tersumbat dan dipenuhi hingus. Hakikatnya, ulat resdung ini tidak wujud dan hanyalah mitos semata-mata.

::Punca Sebenar Resdung::

Jika kita memahami dengan betul bagaimanakah punca penyakit resdung ini terjadi maka kita akan faham kenapa ulat resdung itu hanyalah mitos semata-mata. Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan dalam bidang perubatan moden ‘ulat resdung’ tidak pernah dibuktikan kewujudannya. Ini kerana resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Tambahan pula, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. Aktiviti seperti menyelam ataupun berenang juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada risiko penyakit resdung.

Sekiranya dibiarkan berlarutan, nanah dari jangkitan rongga sinus boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Antara komplikasi jika lambat menerima rawatan;

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
Jika anda ada simptom-simptom seperti yang dinyatakan ini, jangan berlengah untuk mencuba rawatan alternatif semula jadi. Anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas prngawet.

KLIK SINI UNTUK SET RESDUNG SHAKLEE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan