Polycystic ovarian syndrome atau nama singkatanya PCOS adalah masalah
perubatan dimana ovari anda bertindak secara tidak normal yang
menyebabkan terjadinya masalah haid tidak teratur,
tiada haid dan masalah infertiliti. PCOS adalah diantara penyebab utama
ketidaksuburan dan terjadi pada sekitar 5 hingga 10 peratus wanita pada
usia reproduksi.
Gejala PCOS boleh terjadi seawal puberti,
iaitu ketika haid pertama kali bermula. Ia disebabkan oleh ovari yang
gagal merembeskan hormon dalam kuantiti yang sepatutnya dan berlakulah
ketidak seimbangan hormon yang menyebabkan tumbesaran folikel terbantut
dan gagal mengeluarkan telur. Walaubagaimanapun kebanyakkannya gejala
PCOS berlaku lebih perlahan lahan dan berperingkat- ringkat dan menjadi
lebih ketara apabila meningkat usia.
Gejala PCOS mungkin termasuk:
✿ Menstruasi yang tidak teratur atau tiada langsung sampai berbulan bulan
✿ Peningkatan bulu pada badan dan muka (juga dikenali sebagai hirsutism)
✿ Jerawat
✿ Gelap warna kulit di sepanjang leher, ketiak, celah kangkang, dan di bahagian dalam paha
✿ Masalah Obesiti
✿ Jangkitan kulat vagina
✿ Masalah kencing manis
Apa kesan PCOS terhadap saya dan bagaimana Ia mempengaruhi kesuburan Saya?
Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar
pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama badan manusia
yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh
tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan
FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran
haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak
berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron
menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain
seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting
untuk memastikan kitaran haid yang normal.
Kekurangan hormon
progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang
kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, penghidap PCOS
selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang
melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari
haid yang lewat.
PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih
tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS
mengalami bulu badan yang berlebihan.
Disamping itu, ramai
pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu
tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst
cyst kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan
ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.
Siapa yang Berisiko? Apa Punca PCOS?
Wanita dengan PCOS sering mempunyai ahli keluarga yang mempunyai
masalah yang sama dan ia dikaitkan dengan masalah genetik. Ini bermakna
bahawa jika anda mengalami PCOS, kemungkinan besar anda ibu dan saudara
perempuan yang lain juga mengalami PCOS. Sekiranya anda mempunyai anak
perempuan, ada berkemungkinan yang anak anda juga mendapat masalah yang
sama.
Bagaimana diagnosa PCOS dibuat?
Untuk memberikan diagnosa yang tepat, sejarah perubatan akan diambil termasuklah kitaran haid anda dan sejarah keluarga.
Pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan faraj and ujian US. Beberapa
ujian darah seperti ujian hormon LH and FSH akan diambil. Ujian
Ultrasound faraj mungkin juga akan dilakukan untuk melihat dengan jelas
cyst cyst kecil pada ovari anda.
Bagaimana PCOS dirawat?
Rawatan bergantung sepenuhnya pada gejala anda dan juga keinginan anda
untuk hamil. Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti
pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap
insulin. Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur seperti clomid atau
Gonal F akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Dalam kes- kes dimana
ubat subur tidak begitu efektif, ovarian drilling mungkin disarankan
untuk memecahkan cyst cyst kecil pada ovari.
Wanita dengan PCOS
harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk
mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.
PCOS
juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak
normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS
dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah
masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat
untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan
rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.
Sekiranya
anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh
anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
KLIK SINI UNTUK MEMBANTU KESUBURAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan