BLOG MENGENAI SUPPLEMEN UNTUK MENYUSU,KEHAMILAN,KESUBURAN,KECANTIKAN DAN BANYAK INFO-INFO YG MENARIK...
Rabu, 2 Oktober 2013
FAKTOR LEWAT HAMIL
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat. Tetapi ada faktor-faktor yang menyukarkan proses kehamilan/mengandung. Antara faktor yang melambatkan kehamilan/mengandung adalah
√ masalah ovulasi
√ masalah haid tidak normal atautidak teratur
√ saluran folopio mungkin tersumbat
√ rahim yang bermasalah
√ penyakit kelamin
√ Masalah hormon
√ faktor umur
√ tekanan
√ Pemakanan seharian
√ Aktiviti sukan berlebihan
√ Berat badan berlebihan
√ Tabiat merokok
√ Ketagihan alkohol
Panduan dan tips cepat hamil/mengandung (dari segi pemakanan)
1-kurangkan pengambilan kafein-
kurangkan minum kopi kerana kafein menyempitkan dan memperlahankan peredaran darah ke uterus. Ini perpontensi menyukarkan ovum melekat di dinding rahim.
2-banyakkan makan buah dan sayuran-
Dapatkan sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna seperti beri biru, capsicum dan strawberi. Semakin banyak campuran warna asli dari buah-buahan dan sayuran yang anda ambil, semakin banyak nutrient yang anda dapat. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda.
3-Banyakkan Makan Ikan-
Badan anda memerlukan lemak asid omega-3 untuk membantu menyuburkan sistem peranakan dan ikan ialah salah satu sumber yang terbaik. Wanita yang ingin hamil bolehlah makan ikan keli, udang, tuna, salmon.
4-Banyakkan Zat Besi-
Banyakkan makan daging merah atau sayuran yang kaya dengan zat besi yang boleh membekalkan darah seperti bayam. Untuk yang terbaik, dapatkan nasihat kesihatan dari doktor peribadi anda dan jalani ujian darah untuk anemia. Pastikan tubuh anda sihat dan cergas sebelum anda bersedia untuk hamil.
KLIK SINI UNTUK LEBIH BANYAK INFO https://www.facebook.com/khasiatsusuibu2u
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan