Apakah itu diabetis gestasi?
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.
Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?
Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin. (Baca dengan lebih lanjut mengenai diabetis dan kehamilan).
Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.
Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?
Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:
- Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
- Sejarah keluarga menghidap diabetis
- Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
- Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
- Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
- Ibu hamil kembar
- Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)
Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?
1. Pada ibu
- Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kecing)
- Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
- Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
- 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari
2. Pada bayi
- Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
- Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
- Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
- Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
- Sakit kuning (jaundice)
- Bayi sukar bernafaS.
- Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
- Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.
- Biasanya doktor akan suruh kawal pemakanan dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan tinggi gula. Patuhi arahan doktor ya
- Anda juga mungkin perlu ambil suntikan insulin
- Digalakkan juga amalkan senaman ringan setiap hari
- Mengamalkan makanan yang kaya dengan Zinc, B-complex dan Magnesium di mana zinc sangat penting untuk bantu buah pinggang hasilkan lebih banyak insulin bagi atasi masalah kalis insulin.
Vitamin bagi ibu hamil yang menghidap kencing manis
1. Vitalea
Membekalkan zinc yang diperlukan untuk membantu menghasilkan lebih banyak insulin
Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil.
2. B-complex
Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan
Membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi
3. Ostematrix
Membekalkan Magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium antara punca kencing manis)
Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta kesihatan tulang ibu.
Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:
FB : AZIE EIYMA
CALL/SMS : 017-3480734
WHATSAPP : 011-23094650
FB PAGE : KHASIAT SUSU IBU
PM SILA KLIK SINI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan