VITAMIN C => bertindak sebagai antioksidan yg boleh menurukan tekanan darah(P=pgh..dalam equation nh kalau density, p gula turun,maka P akan turun juga kerana P berkadar langsung dengan density, p..btol la kowt..) dan menurunkan paras kolestrol. Bende Allah nh juga mmbantu mmbentuk tisu penghubung,menjaga kesihatan kapilari dan gusi.
VITAMIN A => membantu dalam pembentukan kulit, rambut dan membrane yang sihat. Ia juga membantu dalam kesihatan mata,pembentukan tulang dan gigi serta reproduksi(hehe..penting2!)
VITAMIN K => dapat mengekalkan pembekuan darah yang dapat membantu menghalang pendarahan terutama yang sukar dikawal.
POTASIUM=> mineral penting yang membantu melancarkan tekanan darah dan kontraksi otot. Ia juga dapat mengurangkan risiko pembentukan batu karang di dalam buah pinggang dan risiko kehilangan ketumpatan tulang(p=m/V)
FIBER DIET=> bahagian tomato yang tidak boleh hadam boleh membantu mengurangkan masalah sembelit (sesuai spe yg kuat minom tea tarik ea..)
Selain daripada itu, tomato juga mempunyai khasiat2 nyer..
BAIK UNTUK KENCING MANIS
Kandungan karbihidrat dlm tomato sgt rendah dan sgt baik utk pesakit diabetes. Tomato juga dikatakan sgt berkesan dalam mengawal peratusan gula dalam air kencing pesakit diabetes.
BAIK UNTUK MATA
Baik utk kesihatan mata terutama yg rabun malam dan rabun jauh serta penyakit2 mata yang lain....daun tomato pula berguna utk merawat saraf optic dan lemah mata.
BAIK UNTUK OBESITI
Yang ni kompem korang suke especially perempuan..hihihi..cara nya adalah dgn mkn 1 atau 2 biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama dua bulan.ia dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan...lpas ni kompem tomato abis kt café or pasar..huhu
BAIK UNTUK GANGGUAN USUS DAN HATI
Caranya minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dgn secubit garam dan lada sulah dan diminum awal pagi. Petua berkesan untuk kurangkan mabuk wanita mengandung(ooo….),merawat masalah berkaitan hempedu dan hati, merawat masalah penghadaman,angin dalam usus dan sembelit.
BAGUS UNTUK IBU YANG MENYUSU
Memakan produk yang berasaskan tomato boleh meningkatkan kandungan likopena dalam susu ibu dan secara langsung ia baik untuk kesihatan baby itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan